AS kutuk keganasan di Iraq, desak kerajaan laksana sekatan


Demonstrasi di Iraq bermula dengan tuntutan mengakhiri rasuah yang berleluasa dan pengangguran kronik tetapi bertambah buruk dengan gesaan perbaikan menyeluruh sistem politik. – Gambar AFP, 9 Oktober, 2019.

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo mengutuk keganasan maut semasa protes di Iraq dan menyeru kerajaan negara itu “melaksanakan sekatan maksimum,” kata Jabatan Negara pada Selasa.

Perbualan telefon dengan Perdana Menteri Iraq Adil Abdul Mahdi, Pompeo “mengutuk keganasan baru-baru ini di Iraq dan menyatakan mereka yang melanggar hak asasi manusia harus bertanggungjawab,” kata jabatan tersebut dalam satu kenyataan.

“Setiausaha mengecam kehilangan nyawa yang tragis sejak beberapa hari lalu dan mendesak pemerintah Iraq melakukan sekatan maksimum.

“Pompeo menegaskan demonstrasi awam secara damai adalah elemen asas bagi semua demokrasi, dan menekankan tiada tempat untuk keganasan dalam demonstrasi, sama ada oleh pasukan keselamatan atau penunjuk perasaan.”

Demonstrasi di Iraq bermula dengan tuntutan mengakhiri rasuah yang berleluasa dan pengangguran kronik tetapi bertambah buruk dengan gesaan perbaikan menyeluruh sistem politik. – AFP, 9 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen