AKAUN Facebook milik Najib Razak perlu disiasat kerana menyebarkan berita palsu, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming.
Dalam satu kenyataan hari ini, Nga berkata beliau sudah memberi kenyataan di ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini untuk membantu polis dalam siasatan terhadap akaun Facebook milik bekas perdana menteri.
“Saya sudah memberi kenyataan kepada polis mengenai perkara ini,” kata ahli Parlimen Teluk Intan hari ini.
Laporan dibuat berhubung “Super Fans Nga Kor Ming Page” yang didakwa menghina Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah.
Dilaporkan ketua DAP Perak menafikan akaun laman sosial itu tiada kaitan dengannya atau DAP, tetapi dibuat agar ia kelihatan seperti itu.
Nga berkata terdapat sekurang-kurangnya dua akaun dengan nama “Nga Kor Ming Super Fans Page” yang didapati wujud sejak November 2018 dan Ogos tahun ini.
Nga berkata tuduhan bekas perdana menteri Najib yang akaun itu dikaitkan dengannya tidak berasas. – 8 Oktober, 2019.
Komen