HAMPIR 300 orang ditahan di pusat bandar London pada hari pertama protes besar-besaran oleh pencipta alam sekitar yang menuntut kerajaan melakukan lebih banyak usaha untuk mengatasi isu perubahan iklim, lapor agensi berita Xinhua.
Sehingga pukul 9.30 malam (waktu tempatan) Isnin, Polis Metropolitan berkata 280 tangkapan dibuat.
Antara yang ditahan ialah Sarah Lasenby, 81, pekerja sosial dari Oxford.
Penunjuk perasaan berkata protes yang dikenali ‘Extinction Rebellion’ itu akan diadakan selama dua minggu.
Perdana Menteri Britain Boris Johnson pada Isnin mengarahkan polis London “mengguatkuasakan sepenuhnya undang-undang” terhadap kumpulan penunjuk perasaan itu.
Penunjuk perasaan berikrar mengadakan halangan “di setiap jalan” menuju ke Westminster, London sebagai sebahagian usaha peringkat global mereka untuk mengetengahkan isu perubahan iklim .
Mereka mendakwa protes kali ini lima kali lebih besar berbanding demonstrasi pada April lalu.
Selain itu, aktivis alam sekitar turut mengadakan protes di bandar seperti Berlin, Amsterdam dan Sydney. – Bernama, 8 Oktober, 2019.
Komen