Tentera Iran sedia hadapi sebarang ancaman 


Iran telah mengekalkan keamanan di Teluk selama 40 tahun yang lalu dan akan terus mempertahankannya.– Gambar EPA, 8 Oktober, 2019.

TENTERA Iran memberi amaran pihaknya akan bertindak balas terhadap sebarang percubaan untuk mengancam keselamatan negara itu, lapor agensi berita Xinhua memetik Press TV.

Ketua Komander Tentera Seyyed Abdolrahim Mousavi berkata Iran telah mengekalkan keamanan di Teluk selama 40 tahun yang lalu dan akan terus mempertahankannya.

Mousavi berkata “apabila negara asing memasuki kawasan ini, mereka akan mencetuskan ketidaktenteraman dan ketegangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau menyeru kerjasama di kalangan negara serantau yang lain demi mewujudkan keselamatan dan menjadikan rantau itu wilayah paling aman di dunia.”

Lantaran itu, Iran bersedia “bertindak balas terhadap sebarang ancaman musuh,” katanya.– Bernama, 8 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen