PENCEROBOHAN Turki di timur laut Syria boleh mencetuskan kebangkitan kumpulan pengganas Islamic State (IS), kata penganalisis dan tentera Kurdish, walaupun Ankara berjanji untuk mengelak kembalinya militan itu.
Tentera Amerika Syarikat (AS) keluar dari kawasan sempadan Turki semalam, membuka laluan untuk pencerobohan yang dikatakan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan boleh berlaku bila-bila saja.
Serangan terbuka itu akan mengembalikan kejayaan operasi diketuai Kurdish untuk menewaskan IS dan membenarkan beberapa pemimpinnya yang masih hidup untuk keluar dari penyembunyian, kata Tentera Demokratik Syria (SDF).
Militia Kurdish mengawal kebanyakan kawasan timur laut Syria.
Dengan sedikit kelebihan di wilayah itu, Sam Heller dari badan pemikir Kumpulan Krisis Antarabangsa berakta SDF ada kepentingan dalam amarannya tentang ancaman IS jika konflik terbuka berlaku dengan pesaing Turki.
“Tetapi hakikatnya ialah IS masih lagi ancaman, apa yang SDF buat ialah mengalih perhatian dan sumber, untuk mempertahankan diri ketika berlawan dengan Turki,” katanya. – AFP, 8 Oktober, 2019.
Komen