Trak curi rempuh 9 kereta, 17 cedera di Jerman


SEBUAH trak curi yang dipandu merempuh beberapa kereta di tengah bandar raya Limburg semalam, menyebabkan beberapa orang cedera.

Pemandu trak itu berjaya ditahan, kata polis.

“Berdasarkan apa yang kami tahu dan keterangan saksi, lelaki itu mencuri trak itu pada 5.20 petang waktu tempatan,” menurut kenyataan polis.

Tidak lama kemudian, ia merempuh sembilan kereta yang berhenti di lampu isyarat berhampiran stesen kereta api utama Limburg di Hesse.

“Beberapa mangsa yang cedera dirawat di hospital, dan pemandu yang kini dalam tahanan, cedera ringan,” kata polis.

Agensi berita Jerman DPA yang memetik polis daerah melaporkan 17 cedera termasuk pemandu, seorang dalam keadaan kritikal.

Polis berkata, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai motif kejadian.

“Buat masa ini, kami tidak mempunyai maklumat mencukupi mengenai motif kejadian.” – AFP, 8 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen