PAKAR perkauman PBB semalam mengkritik pengharaman Belanda terhadap pemakaian niqab dan purdah di tempat awam, berkata undang-undang itu “tiada tempat” dalam masyarakat bertoleransi.
Tendayi Achiume, wakil khas PBB berkenaan perkauman, berkata pengharaman itu mencerminkan Islamofobia yang semakin luas di Belanda.
Pengharaman di Belanda itu berkuat kuasa pada Ogos, selepas ia diluluskan oleh Parlimen pada 2018, dan menjadikan memakai purdah di bangunan dan pengangkutan awam, sebagai satu kesalahan.
Di bawah arahan itu, individu perlu dilihat di tempat awam, dan ia termasuk tentang penutupan muka menggunakan helmet atau penutup kepala, dan kesalahan itu boleh didenda 150 euro.
Ahli politik anti Islam Geert Wilders mencadangkan pengharaman pemakaian purdah – yang boleh menyebabkan rakyat ditahan – sejak 2005. – AFP, 8 Oktober, 2019.
Komen