SEBUAH bot nelayan Korea Utara dan bot peronda agensi Perikanan Jepun dilaporkan bertembung di Laut Jepun pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua, memetik JCG.
Insiden berlaku kira-kira pukul 9.10 pagi waktu tempatan (0010 GMT), pertembungan itu mengakibatkan sebahagian kapal Korea Utara itu tenggelam menyebabkan 20 kru terhumban ke dalam laut, memetik Pengawal Pantai Jepun (JCG).
Seorang pegawai kerajaan dan pengawal pantai Jepun dilaporkan berkata tiada kru dari negara terbabit cedera dalam kejadian itu.
Nahas berlaku kira-kira 350 kilometer barat laut Semenanjung Noto di wilayah Ishikawa.
JCG dan Agensi Perikanan sebelum ini telah menghantar kapal peronda ke perairan di sekitarnya untuk membanteras aktiviti menangkap ikan secara haram. – Bernama, 7 Oktober, 2019.
Komen