BEKAS ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Shahrol Azral Ibrahim Halmi mula curiga terhadap kegiatan jenayah Low Taek Jho ketika pihak berkuasa menyiasat dana pelaburan yang disokong negara pada 2015.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela dalam perbicaraan 1MDB Najib Razak hari ini, Shahrol berkata beliau percaya Low dalam tempoh masa antara 2009 hingga 2015.
Shahrol merupakan CEO dari 2009 hingga 2013 dan kekal dalam lembaga 1MDB sehingga 2016.
Saksi berusia 49 tahun itu memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menyedari tuduhan jenayah terhadap Low ketika ditanya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menjelang akhir 2015.
Najib sedang berdepan perbicaraan atas empat tuduhan penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan dirinya dengan RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram dengan jumlah sama.
Tertuduh berusia 66 tahun itu berdepan 20 tahun penjara jika disabitkan kesalahan. – 7 Oktober, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen