Kajian semula Pendapatan Garis Kemiskinan sejak Mac, kata PM


Ragananthini Vethasalam

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk mengkaji Laporan End of Mission Statements oleh Pelapor Khas PBB. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 Oktober, 2019.

KAJIAN semula ke atas Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dijalankan sejak Mac, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kajian semula dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama beberapa jabatan serta agensi berkaitan.

“Saya juga telah mengarahkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk mengkaji Laporan End of Mission Statements oleh Pelapor Khas PBB ,” kata Dr Mahathir.

Beliau yang juga ahli Parlimen Langkawi menjawab soalan Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim mengenai tindakan kerajaan berkenaan laporan PBB itu yang mengetengahkan keadaan kemiskinan di negara ini.

Pelapor Khas Kemiskinan dan Hak Asasi Manusia PBB, Philip Alston pada Ogos berkata kadar kemiskinan yang lebih realistik bagi Malaysia adalah antara 16% dan 20%.

Dalam pemerhatiannya semasa mengadakan lawatan ke negara ini, Alston berkata PGK 0.4% adalah tidak tepat dan kadar itu hanya sesuai digunakan pada 1970-an. .– 7 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen