Johnson beri amaran pada Macron, tak akan tangguh Brexit


Menerusi panggilan telefon semalam, Perdana Menteri Britain Boris Johnson memberitahu Presiden Perancis Emmanuel Macron beliau tidak akan menangguhkan Brexit. – Gambar AFP, 7 Oktober, 2019.

PERDANA Menteri Britain Boris Johnson memberi amaran kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron beliau tidak akan menangguhkan Brexit, menegaskan cadangan terbarunya adalah usaha terakhir untuk mencapai perjanjian.

Jurucakap Downing Street semalam dipetik berkata, Johnson menerusi panggilan telefon memberitahu Macron Kesatuan Eropah (EU) tidak harus tersilap percaya United Kingdom (UK) akan terus kekal dalam kesatuan itu selepas 31 Oktober ini.

Johnson berkata beliau tidak akan meminta penangguhan lagi, walaupun ahli-ahli Parlimen Britain pada bulan lepas meluluskan undang-undang  yang mewajibkannya memohon satu lagi penangguhan sekiranya perdana menteri itu gagal mencapai perjanjian pemisahan pada persidangan 17-18 Oktober ini.

“UK membuat tawaran yang besar tetapi sudah tiba masanya (Eropah) Kesatuan menunjukkan juga kesediaannya untuk bertolak-ansur. Jika tidak, UK akan keluar tanpa perjanjian,” kata sumber Downing Street. – AFP, 7 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen