Seorang anggota pengaman PBB maut, 5 cedera di Mali


Ketika kejadian petugas keamanan PBB sedang melakukan rondaan keselamatan di sekitar bandar Aguelhok. – Gambar AFP, 7 Oktober, 2019.

SEORANG anggota pengaman maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian letupan bom di Mali semalam, kata misi kestabilan PBB di Mali(Minusma).

Jurucakap Minusma, Olivier Salgado berkata ketika kejadian petugas keamanan berkenaan sedang melakukan rondaan keselamatan di sekitar bandar Aguelhok.

Satu lagi serangan terhadap anggota pengaman dilakukan sekumpulan lelaki bersenjata di bandar Bandiagara semalam tetapi tiada kematian dilaporkan, katanya.

Pada Januari, seramai 11 orang anggota Minusma terbunuh dalam satu serangan oleh kumpulan pejuang bersenjata di Aguelhok.

Kumpulan militan Group to Support Islam and Muslims (GSIM) yang menyokong Al-Qaeda dan Islamic Maghreb (AQIM) mengaku melakukan serangan tersebut.

Menurut lama web Minusma, sejak misi itu ditubuhkan pada 2013, seramai 200 anggota pengaman PBB mati dibunuh di Mali. – AFP, 7 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen