Arab Saudi benar pasangan bujang sewa bilik hotel


Wanita yang melakukan perjalanan bersendirian turut dibenarkan menginap di hotel tanpa pasangannya. – Gambar EPA, 6 Oktober, 2019.

ARAB Saudi mengumumkan pada hari Ahad ia akan membenarkan pasangan asing yang tidak berkahwin menyewa bilik hotel bersama-sama sejajar dasar kerajaan konservatif mula menawarkan visa pelancong buat pertama kali.

Pihak berkuasa pelancongan berkata dalam satu kenyataan yang diterbitkan di Twitter bahawa wanita Arab yang melakukan perjalanan sendirian juga dibenarkan untuk menginap di hotel dengan mengemukakan pengenalan diri yang sah.

Sebelum ini, pasangan yang ingin tinggal di sebuah hotel terpaksa membuktikan bahawa mereka telah berkahwin.

“Ini tidak lagi diperlukan untuk pelancong,” kata kenyataan itu.

Arab Saudi mengumumkan pada 27 September lalu bahawa ia membuka pintu kepada para pelancong bagi tujuan mempelbagaikan hasil ekonomi yang dilihat banyak bergantung terhadap hasil minyak.

Kerajaan sebelum ini hanya mengeluarkan visa kepada jemaah muslim, pekerja asing, dan baru-baru ini kepada penonton acara olahraga atau kebudayaan. – AFP, 6 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen