7 bekas pemberontak Filipina maut dalam serangan IS


Anggota MILF mula menyerahkan senjata bulan lalu di bawah syarat perjanjian damai 2014, selepas berdekad memberontak. – Gambar fail EPA, 6 Oktober, 2019.

TUJUH bekas pemberontak Islam terbunuh di selatan Filipina, kata pihak berkuasa tentera dan polis, dalam satu serangan di mana kumpulan Islamic State (IS) mengaku bertanggungjawab.

Mereka berkata semua yang terbunuh adalah anggota Moro Islamic Liberation Front (MILF), bekas kumpulan gerila terbesar negara itu tetapi mula menyerahkan senjata bulan lalu di bawah syarat perjanjian damai 2014.

Kumpulan bersenjata pro-IS dengan nama Dawlah Islamiyah menyerang kem MILF berhampiran bandar Shariff Saydona pada Jumaat, mencetuskan peperangan selama beberapa jam, kata Leftenan Kolonel Ernesto Gener, yang juga komander tentera tempatan.

Pengganas berkata empat anggota MILF terbunuh, tetapi komander polis Leftenan Kolonel Arnold Santiago berkata pihak berkuasa mendapati tujuh kematian.

Penduduk tempatan berkata tujuh mayat diangkat masuk ke sebuah bot di tebing sungai di Shariff Saydona, kira-kira 900km di selatan Manila.

Jurucakap MILF Von al Haq enggan mengulas. – AFP, 6 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen