SEKURANG-KURANGNYA 20 terbunuh dalam satu serangan di sebuah lombong emas di utara Burkina Faso, kata sumber keselamatan hari ini.
Ia insiden pertempuran ganas terbaru yang dikaitkan dengan kebangkitan kumpulan pelampau.
“Beberapa individu bersenjata menyerang tapak lombong emas terbabit di Dolmane mengakibatkan 20 orang terbunuh, kebanyakannya pelombong emas,” kata sumber.
Serangan pada Jumaat lalu itu berlaku tidak jauh dari lokasi di mana puak pelampau dipercayai meletupkan jambatan yang menghubungkan dua bandar di utara, pertengahan September lalu.
Negara barat Afrika itu menjadi mangsa kebangkitan militan pelampau sejak empat setengah tahun di wilayah Sahel.
Kebanyakan serangan ada kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda, dan sebahagiannya dengan Islamic State.
Lebih 585 terbunuh sejak awal 2015.
Seminggu lalu, 17 termasuk tentera terbunuh dalam serangan pada hujung minggu di utara.
Pada 29 September, kira-kira 20 lelaki bermotosikal menyerang sebuah kampung di Komsilga di wilayah Bam, menyebabkan sembilan terbunuh, di mana mereka turut membakar kedai dan dua tayar kereta.
Pada hari sama, tujuh terbunuh selepas sekumpulan individu bersenjata menyerang kampung di Deneon di wilayah sama. – AFP, 6 Oktober, 2019.
Komen