Filem pertama kisah budak gua Thailand mula ditayangkan


The Cave mengisahkan kisah penyelamat dalam usaha menyelamat 12 pelajar dan guru mereka yang terperangkap dalam sebuah gua di Thailand. – Gambar AFP, 6 Oktober, 2019.

TAYANGAN perdana filem pertama mengisahkan usaha menyelamat 12 pelajar dan guru yang terperangkap dalam sebuah gua di Thailand berlaku semalam, dan seorang lelaki adalah individu yang terlibat langsung dalam kedua-duanya.

“Awak tak boleh elak kecuali hidupkan semula ketegangan dan kebimbangan yang kita semua rasa, tetapi ada juga rasa teruja bila semuanya selesai,” kata penyelamat Jim Warny kepada AFP.

Penyelam Ireland bertempat di Belgium itu adalah salah seorang ahli pasukan penyelam dunia yang terlibat menyelamatkan “Wild Boars” dan jurulatih mereka dari Gua Tham Luang Nang Non tahun lepas dan hadir di Festival Filem Antarabangsa Busan ke-24 untuk tayangan perdana filem “The Cave”.

Warny memainkan watak diri sendiri dalam filem itu berkata pengalamannya- filem pertama lakonanya- adalah satu terapi.

“Bagi saya ia bukan soal buat untung tetapi untuk memberikan inspirasi kepada orang lain dengan menunjukkan perkara luar biasa boleh dicapai,” kata Warny.

“Secara fizikalnya, saya kembali bekerja pada Selasa selepas pulang pada Ahad. Tetapi ia mengambil masa enam bulan untuk ‘berdamai’ dengannya dan saya bekerja kuat sepanjang penggambaran filem itu juga.”

Diarahkan pembikin filem Ireland-Thailand Tom Waller, filem itu adalah yang pertama dalam senarai filem dan drama tentang kisah menggemparkan dunia selama 18 hari kanak-kanak itu terperangkap bawah tanah.

Filem arahan Waller lebih memberi tumpuan kepada usaha menyelamat berbanding kisah kanak-kanak dan guru yang terperangkap- kisah itu sedang dibikin Netflix.

Laporan menyebut setiap mereka dibayar AS$100,000 seorang dan wujud juga dokumentari National Geografic yang sedang diusahakan oleh pasukan yang pernah menang Oscar, Free Solo.

“The Cave” dijadualkan ditayangkan di Thailand pada 28 November, tayangan antarabangsa masih dalam perbincangan. – AFP, 6 Oktober, 2019.

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen