Abbey Road kembali ungguli carta muzik


Abbey Road adalah album terakhir kumpulan legenda, Beatles kembali ungguli carta. – Gambar EPA, 6 Oktober, 2019.

ALBUM klasik Beatles, “Abbey Road” kembali ke kedudukan pertama carta muzik Britain selepas separuh kurun dikeluarkan, dengan kumpulan itu memecah rekodnya sendiri.

Album studio terakhir kumpulan legenda itu dengan muka depan mereka di berjalan di lintasan belang dikeluarkan pada September 1969, enam hari selepas John Lennon memberitahu ahli kumpulan lain yang beliau akan meninggalkan kumpulan itu.

Ia adalah album terlaris UK selama 17 minggu, dan pada Jumaat edisi khas ulang tahun ke-50 sekali lagi mengungguli carta.

“Sukar dipercayai yang Abbey Road masih bertakhkta selepas bertahun lamanya. Tetapi ia memang album yang baik,” tulis ahli kumpulan itu Paul McCartney di Twitter.

Setelah 49 tahun dan 252 hari ia kembali mengungguli carta, album itu mempunyai jarak masa terlama ia kembali laris- rekod sebelum ini dipegang oleh Fab Four dengan album “Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band”.

Dua tahun lepas, edisi khas 50 tahun “Sgt. Pepper”, yang dinamakan majalah Rolling Stone sebagai album terhebat sepanjang zaman, kembali mengungguli cara selepas 49 tahun dan 125 hari.

Bulan lepas, ratusan peminat Beatles berhimpun di jalan di luar Studio Abbey Road, utara London untuk meraikan lima dekad sejak kumpulan itu dirakamkan bergambar di lintasan pejalan kaki terkenal itu.

Album itu yang mengandungi lagu termasuklah “Come Together” dan “Here Comes The Sun” juga merekod jualan vinyl terlaris minggu ini, sekitar 9,000 terjual. – AFP, 6 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen