Operasi cari anak kapal hilang di Atlantik diperkecilkan


Operasi mencari tujuh anak kapal yang hilang selepas kapal mereka tenggelam di Martinique akan diperkecilkan berikutan tiada mayat ditemui selepas beberapa hari. – Gambar AFP, 5 Oktober, 2019.

OPERASI mencari tujuh anak kapal yang hilang selepas kapal mereka tenggelam di Martinique akan diperkecilkan berikutan tiada mayat ditemui selepas beberapa hari, kata pihak berkuasa hari ini.

Tragedi itu disahkan kumpulan logistic marin Perancis Bourbon yang mengendalikan kapal itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya kapal diberi nama Bourbon Rhode membawa 14 anak kapal dengan sebahagian besar daripada mereka adalah warganegara Ukraine termasuk kapten dari Croatia, Rusia, Afrika Selatan dan Filipina.

Kapal terbabit berlayar berhampiran pusat taufan kategori empat itu kira-kira 1,200 batu nautika dari pulau Caribbean Perancis, Martinique minggu lalu.

Seramai tiga anak kapal yang berjaya menggunakan bot penyelamat berjaya ditemui minggu lepas.

Satu mayat ditemui selepas itu dan tiga lagi pada Isnin dan Selasa lepas.

Tetapi sejak 1 Oktober lalu tiada mayat dijumpai.

Kawasan pencarian melibatkan 110,000 kilometer persegi (42,000 batu persegi) terletak di tengah-tengah Atlantik selama tiga hari dan 17 jam menerusi bot dari Martinique dan lebih tiga jam melalui kapal terbang dari Cape Verde di Afrika barat.

“Operasi kompleks ini memerlukan 12 kapal dagangan dan 10 penerbangan,” kata wilayah itu.

Mereka merancang untuk mengeluarkan mesej tetap kepada kapal-kapal yang melalui rantau itu untuk mencari anak kapal yang masih hilang.  – AFP, 5 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen