Lebih 70 orang maut protes di Iraq


Lebih 3,000 orang juga cedera sejak protes terhadap kadar pengangguran kronik, perkhidmatan awam yang lemah dan rasuah di ibu negara Iraq pada Selasa. – Gambar EPA, 5 Oktober, 2019.

JUMLAH kematian akibat demonstrasi besar-besaran di Baghdad dan bandar di seluruh selatan Iraq meningkat kepada 73 pada Sabtu apabila kekacauan memasuki hari kelima, kata suruhanjaya hak asasi manusia Parlimen.

Lebih 3,000 orang juga cedera sejak protes terhadap pengangguran kronik, perkhidmatan awam yang lemah dan rasuah di ibu negara pada Selasa, kata suruhanjaya itu.

Seramai 540 penunjuk perasaan ditangkap dengan hampir 200 orang masih ditahan, menurut panel itu. – AFP, 5 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen