Warga asing masuk AS mesti mampu bayar bil hospital, kata Trump


Pendatang yang masuk ke AS tidak harus membebankan sistem kesihatan kami, dan juga rakyat AS yang membayar cukai, kata Presiden Donald Trump. – Gambar AFP, 5 Oktober, 2019.

PRESIDEN Donald Trump semalam berkata Amerika Syarikat (AS) tidak akan membenarkan warga asing yang tidak mempunyai insurans kesihatan atau kemampuan membayar bil perubatan masuk ke negara itu.

Trump mengumumkan pegawai konsular hanya boleh mengeluarkan visa kepada warga asing yang mahu ke AS yang boleh membuktikan mereka tidak akan membebankan sistem kesihatan negara itu.

“Pendatang yang sah adalah kira-kira tiga kali ganda lebih ramai daripada rakyat AS yang tidak mempunyai insurans kesihatan,” katanya dalam pengumuman itu.

“Pendatang yang masuk ke negara ini tidak harus membebankan sistem kesihatan kami, dan juga rakyat AS yang membayar cukai dengan kos yang lebih tinggi.”

Trump juga berkata larangan itu akan berkuatkuasa 3 November. – AFP, 5 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen