WKB2030 tidak akan tinggalkan Bumiputera, kata Dr Mahathir


Chan Kok Leong

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata komuniti Bumiputera akan dibangunkan untuk menjadi pemain berdaya saing agar dapat setara dari segi ekonomi dengan kumpulan etnik lain. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober, 2019.

WAWASAN Kemakmuran Bersama 2030 (WKM2030) Pakatan Haraoab tidak akan meninggalkan komuniti Bumiputera hanya kerana sasaran pelan visi itu untuk memastikan pengagihan kekayaan yang saksama dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Dr Mohamad.

Beliau memberi jaminan Bumiputera tidak akan diketepikan dan akan dibangunkan untuk menjadi pemain berdaya saing agar dapat setara dari segi ekonomi dengan kumpulan etnik lain.

Dr Mahathir melancarkan WKB2030 dalam majlis di Pusat Konvensyen KL di Kuala Lumpur hari ini.

Rancangan visi yang digambarkan sebagai kesinambungan Wawasan 2020 yang dibangunkan semasa beliau menjadi perdana menteri pada 1981 hingga 2003, adalah agenda ekonomi 10 tahun untuk membawa Malaysia ke dalam revolusi perindustrian keempat (Industri 4.0), kepelbagaian ekonomi dan mengurangkan pergantungan kepada komoditi, sambil meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

“Ada yang menyebarkan khabar palsu bahawa kerajaan PH hari ini mahupun WKB ini telah mengetepikan hak dan masa depan Bumiputera dengan menyamaratakan semua peluang dan meliberalisasikan semua sektor.

“Kita sangat memahami masyarakat Bumiputera masih ketinggalan dalam banyak perkara.

“Kemakmuran Bersama bermaksud masyarakat Bumiputera tidak ditinggalkan dan perlu dibangunkan supaya lebih kompetitif serta boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan etnik yang lain,” kata Dr Mahathir dalam ucapannya ketika melancarkan WKB2030. – 5 Oktober, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen