SEMUA jaringan perkhidmatan kereta api di Hong Kong termasuk laluan ke lapangan terbang digantung hari ini, kata pengendali, selepas rusuhan antara polis dan pembantah pro demokrasi menyebabkan stesyen rosak.
“Semua perkhidmatan MTR meliputi Landasan Utama termasuklah Ekspres Lapangan Terbang, Landasan Sisi dan bas MTR tidak boleh beroperasi pagi ini,” kata MTR dalam satu kenyataan.
“Selepas keganasan tercetus di banyak kawasan, kakitangan penyeliaan perlu memastikan keselamatan mereka dahulu sebelum mereka boleh pergi ke stesyen yang rosak untuk memeriksa dan menilai tahap kerosakan stesyen kami, dan menjalankan kerja baik pulih,” kata kenyataan, menambah yang penutupan itu akan disemak semula hari ini. – AFP, 5 Oktober, 2019.
Komen