SEKURANG-KURANGNYA 60 terbunuh dalam empat hari rusuhan berdarah yang berlaku di seluruh Iraq, kata Suruhanjaya Hak Asasi Iraq semalam, dengan angka terbaru itu termasuklah 18 kematian di sebuah hospital sahaja di Baghdad.
Suruhanjaya tidak menyatakan jumlah orang awam atau anggota keselamatan yang terbunuh.
Lebih 1,600 orang pula cedera, dan angka itu dijangka terus meningkat. – AFP, 5 Oktober, 2019.
Komen