3 anggota polis Sepanyol diselamatkan penyeludup


Polis tercampak ke laut selepas bot mereka bertembung dengan bot penyeludup dadah. Mereka diselamatkan penyeludup itu. – Gambar AFP, 5 Oktober, 2019.

TIGA orang anggota polis Sepanyol yang tercampak ke dalam laut apabila bot mereka terbalik pada Jumaat dalam adegan kejar mengejar diselamatkan oleh penyeludup dadah yang mereka buru, kata polis.

Operasi menyelamat tidak terjangka itu berlaku apabila bot polis mengejar sebuah bot laju “dengan empat orang di dalamnya yang disyaki menyeludup dadah” di perairan selatan Sepanyol, kata polis dalam satu kenyataan.

Ketika adegan kejar-mengejar itu, kedua-dua bot itu bertembung, menyebabkan tiga anggota polis terjatuh ke dalam laut apabila “bot mereka hilang kawalan”.

Menggunakan pembesar suara, sebuah helikopter polis yang memantau kejadian itu menggesa penyeludup berkenaan membantu dan tiga anggota polis itu berjaya diselamatkan tanpa kecederaan.

Polis menemui tiga tan dadah di kawasan itu.

“Mereka ditahan kerana menyeludup dadah,” kata kenyataan polis itu, menambah lebih 80 berkas dadah dijumpai di laut. – AFP, 5 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen