4 maut pesawat An-12 mendarat cemas di Ukraine 


Pesawat terbabit mendarat cemas berhampiran lapangan terbang antarabangsa Lviv di Ukraine kerana kehabisan minyak.– Bernama, 4 Oktober, 2019.

EMPAT terbunuh selepas pesawat An-12 mendarat cemas berhampiran lapangan terbang antarabangsa Lviv di Ukraine, lapor agensi berita Sputnik.

Menteri Infrastruktur Ukraine Vladyslav Kryklii pada Jumaat berkata An-12 terpaksa mendarat kerana kehabisan bahan api.

Perkhidmatan Kecemasan Negeri Ukraine berkata pada awal Jumaat pesawat itu membuat pendaratan cemas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Danylo Halytskyi Lviv dan  usaha memindahkan anak kapal sedang dijalankan.

“Menurut maklumat awal, empat orang terbunuh, pendaratan cemas dilakukan kerana pesawat itu telah kehabisan bahan api. Siasatan terperinci sedang dilakukan,” tulis Kryklii di Facebook.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. – Bernama, 4 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen