Menteri gesa syarikat segera laksana Audit Pematuhan Sosial


Yeoh Cheong Ee

Gesaan tersebut susulan AS mengenakan sekatan ke atas produk dari lima negara yang didakwa dihasilkan menggunakan buruh paksa, termasuk sarung tangan getah buatan sebuah syarikat Malaysia, kata M Kula Segaran. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Oktober, 2019.

MENTERI Sumber Manusia M. Kula Segaran hari ini menggesa semua syarikat melaksanakan Audit Pematuhan Sosial serta mematuhi piawaian global terhadap buruh paksa dan penindasan pekerja.

Gesaan tersebut susulan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas produk dari lima negara yang didakwa dihasilkan menggunakan buruh paksa. Ini termasuk sarung tangan getah buatan sebuah syarikat Malaysia.

Kula yang mengadakan pertemuan dengan syarikat pengeluar sarung tangan getah di Putrajaya hari ini, berkata kementeriannya akan mengambil tindakan terhadap syarikat yang gagal melaksanakan Audit Pematuhan Sosial untuk menghapuskan amalan buruh paksa serta bentuk penindasan lain terhadap pekerja.

Katanya, kementerian juga prihatin terhada industri lain selain pengeluar sarung tangan getah dan mahu audit tersebut dilaksanakan segera susulan sekatan yang dikenakan AS.

“Kita mahu industri mematuhi perturan antarabangsa… jadi sila laksanakan Audit Pematuhan Sosial,” katanya.

Kula juga menegaskan sekata itu hanya melibatkan satu syarikat pengeluar sarung tangan getah Malaysia, dan bukan keseluruhan industri itu. – 4 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen