HP bakal buang ribuan pekerja


PENGELUAR komputer dan pencetak Amerika Syarikat, HP semalam mengumumkan akan memotong lebih daripada 10% tenaga kerja di seluruh dunia untuk mengurangkan kos dan penstrukturan syarikat.

Syarikat yang berpangkalan di California itu berkata ia akan memberhentikan kira-kira 55,000 pekerjanya dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Langkah tegas ini diambil untuk mengorak langkah baharu,” kata Ketua Eksekutif HP Enrique Lores.

Lores mengumumkan perkara tersebut sebagai respons kepada perubahan tabiat pengguna, terutamanya mengenai perniagaan katrij pencetak yang memberi keuntungan kepada syarikat itu.

Di bawah penstrukturan semula, HP akan lebih menumpu kepada pendekatan seperti menjual pencetak pada harga yang murah.

Lores sebelum ini bertanggungjawab ke atas bahagian pencetak HP sebelum dilantik menggantikan Dion Weisler yang meletak jawatan.

Tiga tahun lalu juga HP mengumumkan menghentikan ribuan pekerjanya sebagai langkah penstrukturan semula syarikat dan untuk mengurangkan kos. – AFP, 4 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen