Israel dan Arab Saudi pengaruhi ucapan anti-Iran Trump


Trump enggan memperakui perjanjian nuklear Iran dan menuduh Tehran menaja keganasan. – Gambar EPA, 16 Oktober, 2017.

UCAPAN Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kebelakangan ini sangat berbaur anti-Iran kerana dipengaruhi oleh Israel dan Arab Saudi, kata speaker Parlimen Iran, Ali Larijani, menurut laporan Agensi Xinhua.

“Jelas kelihatan peranan penting yang dimainkan rejim zionis dan beberapa negara lain seperti Arab Saudi dalam menjadi pembimbing dan ‘penulis’ kepada ucapan Trump,” kata Larijani memetik laporan Press TV.

Beliau berkata ucapan agresif Trump bertujuan mewujudkan kekecohan dan untuk menghalang kerjasama ekonomi antarabangsa dengan Iran.

Pada Jumaat lepas, presiden AS itu enggan memperakui perjanjian nuklear Iran dan menuduh Tehran menaja keganasan. 

Arab Saudi dan Israel mengalu-alukan strategi baharu diumumkan Trump terhadap Iran sementara Iran pula menegaskan bahawa program tenaga nuklearnya adalah untuk tujuan awam. – Bernama, 16 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen