PIHAK berkuasa Afrika Selatan merampas 342 kg tulang singa- bernilai di Asia kerana didakwa mempunyai manfaat kesihatan dan untuk barangan kemas- di lapangan terbang Johannesburg dan menahan tiga orang, kata Kementerian Alam Sekitar.
Kotak berisinya yang dialamatkan untuk dihantar ke Malaysia mempunyai pengakuan penghantar salah, kata kenyataan lagi.
“Bila kotak diperiksa, 12 kotak tulang singa dibungkus dalam kerajang aluminium dan seberat 342 kg ditemui,” katanya.
Jurucakap kementerian Albi Modise berkata walaupun eksport tulang singa yang dalam tahanan dibenarkan, permit khas diperlukan untuk penghantaran.
Katanya, semua yang ditahan adalah warga asing termasuk dua warga Zimbabwe. Seorang lagi suspek juga ditahan.
Afrika Selatan mempunyai lebih 11,000 ekor singa, dengan 3,000 ekor hidup dalam taman negara di mana pemburuan diharamkan.
Pada September tahun lepas, Singapore Airlines, satu-satunya syarikat pengangkut yang membawa tulang singa dari Afrika Selatan ke Asia mengumumkan penamatan perkhidmatan itu. – AFP, 4 Oktober, 2019.
Komen