CEO syarikat gergasi tembakau Imperial letak jawatan


Imperial menurunkan ramalan keuntungan pendapatan tahunannya kepada 2.0 peratus, dari 4.0 peratus sebelum ini. – Gambar AFP, 3 Oktober, 2019.

SYARIKAT tembakau Britaian, Imperial yang baru-baru ini menerima amaran berhubung kesan buruk akibat alat vape di Amerika Syarikat, berkata bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alison Cooper akan meletak jawatan.

Cooper, yang berkhidmat selama sembilan tahun sebagai CEO telah berkhidmat di Imperial selama 20 tahun, beliau akan meninggalkan syarikat itu sebaik penggantinya dilantik, kata Imperial dalam satu kenyataan.

“Alison bekerja tanpa mengenal lelah dan penuh semangat… dan lembaga syarikat ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan beliau,” kata Pengerusi Imperial, Mark Williamson.

“Semasa memegang jawatan sebagai ketua eksekutif, perniagaan kami dipermudah dan dibentuk semula bagi memperkuat potensi pertumbuhan jangka panjangnya, dan lebih daripada US$10 bilion dalam dividen telah diagihkan kepada para pemegang saham.”

Pengumuman itu dibuat selepas Imperial diberi amaran mengenai keuntungan tahunannya, ia menyalahkan pasaran produk generasi akan datang yang “mencabar” di pasaran Amerika Syarikat, serta prestasi lemah dari bahagian syarikat itu di Afrika, Asia dan Australasia.

Imperial menurunkan ramalan keuntungan pendapatan tahunannya kepada 2.0 peratus, dari 4.0 peratus sebelum ini.

Syarikat itu, yang mengeluarkan produk vape serta rokok tradisional seperti Davidoff, Gauloises dan Winston, sedang mencari pengerusi baru untuk menggantikan Williamson. – AFP, 3 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen