Belum tentu Umno atau MCA tanding Tg Piai, kata Zahid


Mohd Farhan Darwis

"Pengumuman calon yang akan mewakili BN setelah semua kajian perundingan dan rumusan dimuktamadkan," kata Zahid. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 3 Oktober, 2019.

BARISAN Nasional (BN) masih belum memutuskan sama ada akan mengemukakan calon daripada Umno atau MCA untuk bertanding dalam PRK Tanjung Piai, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Parti BN yang akan bertanding di kerusi itu hanya ditentukan selepas kajian mendalam dijalankan, kata presiden Umno itu.

“Kita akan bertanding dan perbincangn serta kajian terperinci sedang dilakukan. Kita hanya akan buat pengumuman calon yang akan mewakili BN setelah semua kajian perundingan dan rumusan dimuktamadkan,” katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Putra.

PAS sudahpun beralah dan memberi laluan kepada BN untuk bertanding di kerusi tersebut.

Penyandang kerusi tersebut, Bersatu, mengumumkan akan bertanding untuk mempertahankannya dalam PRK yang akan berlangsung 16 November. – 3 Oktober, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen