Indonesia adakan pertandingan mereka bentuk ibu negara Kalimantan


Joko Widodo mengambil langkah besar apabila mengumumkan Kalimantan sebagai ibu negara baharu Indonesia. – Gambar EPA, 3 Oktober, 2019.

KERAJAAN Indonesia pada Rabu mengumumkan satu pertandingan mereka bentuk ibu negara baharu, pembinaan yang dijangka bermula tahun depan di Kalimantan Timur dan siap pada 2024, lapor agensi berita Sputnik.

“Menjelang separuh kedua tahun 2020, kita akan mula membina infrastruktur asas berdasarkan pelan induk (pemenang) dalam pertandingan itu,” kata Menteri Kerja Raya dan Perumahan Basuki Hadimuljono memetik akhbar Jakarta Globe.

Semua projek mesti berasaskan reka bentuk “bandar pintar dan bandar hutan,” lapor akhbar berkenaan.

Pertandingan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai US$350,000, di mana sebanyak US$140,000 menanti pemenang.

Presiden Indonesia Joko Widodo pada Ogos mengumumkan rancangan untuk membangunkan ibu negara baharu di Kalimantan Timur di Pulau Borneo. – Bernama, 3 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen