KEMENTERIAN Hal Ehwal Luar Turki mengeluarkan amaran kepada rakyat negara berkenaan supaya menangguhkan atau tidak melakukan perjalanan ke Iraq ekoran demonstrasi yang tercetus di negara itu, lapor agensi berita Andolu.
“Disebabkan demonstrasi yang sedang berlaku di beberapa wilayah di Irag termasuk di Baghdad, rakyat Turki dinasihatkan tidak melakukan perjalanan ke kawasan terbabit,” memetik kenyataan kementerian pada Rabu.
Menurut kenyataan itu, rakyat yang terpaksa ke Iraq diminta senantiasa berhati-hati dan mengelak berada di wilayah terjejas.
Mereka yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut boleh hubungi pusat panggilan konsulat Turki di talian (+90 312 292 29 29).
Warga Turki yang ingin menghubungi saudara-mara mereka di Iraq pula boleh menghubungi talian (+964,790,190 94 06) atau menerusi e-mel (embassy.baghdad @ mfa.gov.tr).
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam protes anti-kerajaan itu yang tercetus selama dua hari, bermula 1 Oktober. – Bernama, 3 Oktober, 2019.
Komen