Tiga maut dalam kebakaran di Sepanyol


Anggota bomba dan orang awam cuba memadamkan kebakaran yang melanda barat laut Sepanyol. – Gambar AFP, 16 Oktober, 2017.

KEBAKARAN yang disebabkan angin kuat dari Taufan Ophelia membakar beberapa bahagian barat laut Sepanyol dan menyebabkan tiga kematian, kata pihak berkuasa.

Lima belas kebakaran berasingan melanda wilayah Galicia.

Kebakaran dimarakkan oleh tiupan angin sekuat 90 km sejam apabila Taufan Ophelia bergerak ke utara dari pantai Sepanyol menuju Ireland.

Dua orang mati selepas terperangkap dalam van yang terbakar berhampiran bandar Nigran ketika cuba menyelamatkan diri dari kebakaran.

Seorang warga tua ditemui mati dalam sebuah pondok di belakang rumahnya di bandar Cardabella de Avia yang dilanda api.

Perdana Menteri Mariano Rajoy yang berasal dari Galicia menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa menerusi Twitter. – AFP, 16 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen