KOREA Utara hari ini berkata mereka berjaya menjalankan tembakan ujian peluru berpandu kapal selam “jenis baharu”, lapor media negara itu selepas Washington memberi amaran terhadap tindakan itu beberapa hari sebelum rundingan dijadualkan disambung semula.
“Peluru berpandu jenis baharu itu ditembak secara menegak” semalam di Teluk Wonsan, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Ia dikenali sebagai Pukguksong-3.
Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un menghantar ucapan tahniah kepada unit penyelidikan yang terlibat dalam pelancaran itu, yang “tidak memberi kesan buruk kepada negara jiran itu, lapor KCNA lagi.
Korea Utara dilarang melancarkan peluru berpandu oleh resolusi Majlis Keselamatan PBB dan Tokyo sebelum ini berkata sebahagian peluru berpandu itu jatuh di kawasan perairan zon ekslusif ekonomi Jepun.
Ujian itu “menandakan fasa baharu untuk mengekang ancaman kuasa luar” kepada DPRK dan merangsang pertahanan negara,” kata KCNA. – AFP, 3 Oktober, 2019.
Komen