Euro 2020: Penjaga gawang Poland Lukasz Fabianski direhatkan


Penjaga gol Poland Lukasz Fabianski tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Latvia dan Utara Macedonia pada pusingan kelayakan Euro 2020, akibat kecederaan. – Gambar EPA, 2 Oktober, 2019.

PENJAGA gol Poland Lukasz Fabianski tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Latvia dan Utara Macedonia pada pusingan kelayakan Euro 2020, akibat kecederaan.

Pemain West Ham itu mengalami kecederaan otot paha pada Sabtu ketika beraksi dalam perlawanan liga premier menentang Bournemouth, memetik media tempatan lapor agensi berita Xinhua.

“Lukasz terpaksa direhatkan selama beberapa minggu. Kita perlu menunggu bagaimana keadaannya selepas ini,” kata pegawai fisioterapi Jacek Jaroszewski pada Selasa.

Fabianski akan diganti penjaga gol Juventus Wojciech Szczesny.

Poland akan bertemu Latvia pada 10 Oktober dan menjadi tuan rumah Macedonia di Warsaw tiga hari kemudian dan masih mendahului Kumpulan G. 

Pasukan Brzeczek mengejutkan Slovenia 2-0 di Lublana sebelum seri dengan Austria di Warsaw. – Bernama, 2 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen