JEPUN mengesahkan salah satu peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara pada awal pagi tadi, terjatuh di dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara itu.
“Pada 7.10 pagi (waktu tempatan), dua peluru berpandu dilancarkan dari pantai timur Korea Utara.
“Salah satu daripadanya didapati jatuh ke dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif Jepun,” kata ketua setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga kepada wartawan.
Suga berkata Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengarahkan siasatan mengenai perkara itu dijalankan.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas tentera Korea Selatan mendedahkan Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu ke arah laut.
Sehari sebelum itu, Pyongyang memberi isyarat, bahawa mereka sedia memulakan rundingan mengenai isu nuklear dengan Amerika Syarikat. – AFP, 2 Oktober, 2019.
Komen