PIHAK berkuasa India di Kashmir menahan 144 remaja bawah umur termasuk seorang kanak-kanak sembilan tahun, sejak kerajaan itu menarik balik status khas wilayah itu pada Ogos.
Seramai 60 yang ditahan di bawah umur 15 tahun, menurut dokumen diserahkan kepada jawatankuasa dilantik Mahkamah Agung India untuk menyiasat tuduhan penahanan tidak sah.
Alasan diberikan polis berhubung penahanan itu ialah baling batu, merusuh dan menyebabkan kerosakan harta awam dan persendirian, kata jawatankuasa itu.
Kebanyakan daripada mereka sudah dibebaskan.
Bagaimanapun, polis menafikan ada kanak-kanak ditahan secara tidak sah dan berkata juvana dikendalikan mengikut undang-undang.
“Ia sering berlaku bila kanak-kanak atau juvana baling batu, mereka akan ditahan dan dihantar pulang,” katanya.
New Delhi menarik balik autnomi Kashmir pada 5 Ogos, menghantar puluhan ribu tentera, menghentikan perkhidmatan telekomunikasi dan menahan ribuan individu. – AFP, 2 Oktober, 2019.
Komen