Iran hukum mati pengintip AS


Badan kehakiman Iran menjatuhkan hukuman mati kepada pengintip yang bekerjasama dengan CIA. – Gambar AFP, 1 Oktober, 2019.

BADAN kehakiman Iran pada Selasa menjatuhi hukuman mati ke atas seorang individu yang didakwa melakukan pengintipan bagi pihak Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan jurucakap badan itu.

Gholam Hossein Esmaeili berkata keputusan itu dijatuhkan bagi “tindakan pengintipan berskala besar dan kerjasama dengan Agensi Perisikan Pusat AS (CIA).”

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama serta kewarganegaraan individu yang disyaki menjadi pengintip itu.

Jurucakap itu berkata tiga lagi lelaki Iran masing-masing dihukum penjara 10 tahun kerana “bekerjasama dengan perkhidmatan perisikan AS dan Britain.”

Beliau berkata keempat-empat individu ditahan tahun lepas. – Bernama, 1 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen