Cuba pilih barisan kepimpinan utama 10 Oktober 


Perhimpunan Nasional Kuasa Rakyat Cuba akan mengadakan sesi luar biasa pada 10 Oktober.– Gambar EPA, 1 Oktober, 2019.

PERHIMPUNAN Nasional Kuasa Rakyat Cuba atau parlimen akan memilih presiden dan barisan kepimpinan utama lain dalam sesi luar biasa pada 10 Oktober, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan pada Isnin.

Sejak 18 September, anggota Suruhanjaya Pencalonan Nasional telah berunding dengan penggubal undang-undang berkaitan calon yang berpotensi bagi mematuhi Perlembagaan yang telah disemak semula dan diguna pakai pada 10 April.

Mengikut undang-undang pilihan raya baharu yang telah diluluskan pada Julai, perhimpunan nasional mempunyai tempoh selama tiga bulan (dari tarikh undang-undang itu digubal pada Julai) untuk memilih presiden, naib presiden dan setiausahanya serta presiden, naib presiden dan perdana menteri negara itu.

Jawatan perdana menteri dikembalikan semula selepas empat dekad.

Fidel Castro, pemimpin revolusioner Cuba, adalah tokoh terakhir yang berkhidmat sebagai perdana menteri, jawatan yang dipegangnya sehingga 1976 apabila beliau dipilih sebagai presiden.

Perhimpunan nasional dianggap sebagai badan tertinggi kerajaan Cuba. – Bernama, 1 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen