17 militan terbunuh dalam serangan udara tentera Afghanistan 


Tentera Afghanistan melakukan kawalan keselamatan daripada serangan kumpulan militan.– Gambar EPA, 1 Oktober, 2019.

SEJUMLAH 17 militan telah disahkan maut selepas beberapa pesawat pejuang tentera Afghanistan menyerang tempat persembunyian Taliban di daerah Shahjoy yang terletak di selatan wilayah Zabul pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan tentera pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, 15 militan lagi cedera dalam serangan tersebut.

Lima motosikal milik pemberontak turut musnah.

Militan Taliban tidak memberikan sebarang kenyataan. – Bernama, 1 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen