ANGKA kematian akibat hujan lebat meningkat kepada hampir 140 orang, kata pihak berkuasa pada Selasa.
Menurut Jabatan Meteorologi India, monsun yang berlaku di negara itu merupakan yang terburuk sejak 1994, dan diklasifikasikan sebagai “melebihi paras normal”, dan tahun ini musim hujan juga lebih panjang berbanding biasa.
Sejak empat hari lalu, 111 orang dilaporkan maut di negeri Uttar Pradesh dan 28 lagi di negeri Bihar, kata pegawai kerajaan kepada AFP.
Kira-kira 900 banduan turut dipondahkan dari penjara daerah Ballia di Uttar Pradesh bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mereka selepas air banjir memasuki bangunan itu.
Penduduk di ibu negeri Bihar, Ratna terpaksa menggunakan bot penyelamat untuk menyelamatkan diri daripada rumah rakit mereka.
Walaupun hujan sudah reda, sebahagian besar kawasan di bandar itu masih ditenggelami air, dengan sekolah dan kedai juga masih ditutup. – AFP, 1 Oktober, 2019.
Komen