Wanita terbunuh, puluhan lagi ditahan di kem Syria


Secara keseluruhan, kira-kira 12,000 warga asing iaitu 4,000 wanita dan 8,000 kanak-kanak kini tinggal di kem seperti di Al-Hol. – Gambar AFP, 1 Oktober, 2019.

SEORANG wanita terbunuh dan berpuluh-pulih lagi ditahan di kem dikendalikan pihak Kurdish di tenggara Syria yang menahan keluarga kumpulan militan Islamic State (IS), kata pihak berkuasa.

Insiden keselamatan semakin menjadi-jadi dalam kem Al-Hol yang penuh sesak, dan menempatkan keluarga pejuang IS dalam kira-kira 70,000 penduduk, dengan wanita asing dan anak mereka diasingkan daripada penduduk Syria dan Iraq.

“Seorang wanita terbunuh dan enam yang lain cedera di sektor yang dikhaskan untuk wanita asing,” kata pihak berkuasa.

Sumber berkata pasukan keselamatan menahan 40 wanita dari bahagian wanita asing di kem itu.

Menurut sumber, wanita IS mengadakan “mahkamah” untuk membicarakan ada antara mereka yang menikam seorang wanita sambil mati, di mana pegawai keselamatan kem itu cuba menyebabkan wanita terbabit.

Puluhan ribu orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak diangkut ke kem Kurdish di tenggara Syria.

Secara keseluruhan, kira-kira 12,000 warga asing – 4,000 wanita dan 8,000 kanak-kanak kini tinggal di kem seperti itu, menurut pihak berkuasa Kurdish. – AFP, 1 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen