Serangan siber Rusia paksa UK 'berperang' setiap hari


Ketua Turus Pertahanan UK Jeneral Nick Carter mendakwa negaranya berperang setiap hari dengan serangan siber Rusia. – Gambar EPA, 30 September, 2019.

KETUA Turus Pertahanan UK Jeneral Nick Carter mendakwa negara itu kini “berperang” setiap hari kerana terpaksa berdepan serangan siber dari Rusia dan negara lain, lapor agensi berita Sputnik.

“Saya rasa saya sedang berperang tapi ia bukanlah dalam bentuk peperangan yang telah kita definisikan pada masa lampau. Dan itu adalah disebabkan persaingan kuasa besar dan idea dengan pemain bukan kerajaan yang mendatangkan ancaman kepada kita setiap hari,” kata Carter di Festival Kesusasteraan Cliveden seperti dipetik oleh The Daily Telegraph.

Carter turut menuduk Rusia sebagai “lebih berupaya mendatangkan ancaman pada masa ini berbanding lima tahun lepas.”

Kedutaan Rusia di United Kingdom pula berkata dakwaan serangan siber yang sering kali dilontarkan menteri-menteri UK hanyalah satu alasan untuk membangkitkan sentimen anti-Rusia.

Kedutaan itu berkata Moscow telah berulang kali menawarkan kerjasama kepada London bagi membincangkan isu ancaman siber namun tiada maklum balas diterima, yang membuktikan bahawa London tidak berminat untuk mengadakan dialog secara profesional. – Bernama, 30 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen