19 terbunuh dalam kebakaran kilang timur China 


Kebakaran kilang berkenaan tercetus pada Ahad di daerah Ninghai, timur wilayah Zhejiang.– Gambar EPA, 30 September, 2019.

19 orang terbunuh dalam kebakaran kilang di timur China yang merupakan insiden terbaharu dalam sektor perindustrian di negara itu, kata pihak berkuasa tempatan.

Kebakaran tercetus pada Ahad di daerah Ninghai, timur wilayah Zhejiang, kata pihak berkuasa.

Insiden yang masih disiasat itu berlaku di sebuah kilang milik Ruiqi Daily Necessities Company.

Antara lapan yang diselamatkan dalam kebakaran itu, tiga dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Kemalangan perindustrian merupakan perkara biasa di China, yang mana peraturan tidak dikuatkuasakan dengan berkesan.

Pada Mac lalu, sebuah loji kimia di timur wilayah Jiangsu menyebabkan 78 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera.

Pada Julai, satu letupan bersar menyebabkan 15 orang terbunuh di tengah China.

November tahun lalu, sebuah trak yang membawa bahan kimia meletup di pintu masuk sebuah kilang kimia di Zhangjiakou, di utara China menyebaban 23 orang maut dan 22 yang lain cedera. – AFP, 30 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen