100 maut hujan lebat monsun di India


Gambar menunjukkan pesakit berbaring di katil hospital dalam air hujan yang kotor d Nalanda dan Patna. – Gambar AFP, 30 September, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA 10 maut di utara India sepanjang tiga hari lalu akibat hujan lebat luar biasa yang menenggelamkan jalan raya, wad hospital dan rumah, kata pihak berkuasa.

Berpuluh-puluh bot dikerah ke jalan raya yang tenggelam kerana bah di Patna, ibu kota bandar Bihar, selepas hujan lebat luar biasa.

Sekurang-kurangnya 27 maut di seluruh daerah itu dan 63 lagi di daerah berjiran di Uttar Pradesh sejak Jumaat lalu, kata pihak berkuasa.

Dengan lebih banyak hujan diramalkan berlaku, pakar cuaca berkata September ini akan berakhir sebagai bulan paling basah dalam tempoh lebih 100 tahun.

“Patna saja merekodkan kira-kira 226mm hujan sejak Jumaat,” kata jurucakap jabatan bencana Bihar M. Ramachandru.

Gambar menunjukkan pesakit berbaring di katil hospital dalam air hujan yang kotor d Nalanda dan Patna.

Hujan lebat juga berlaku di selatan India dan daerah barat di Gujarat.

Monsun tahunan biasanya berlaku dari Jun hingga September.

Jabatan Meteorologi India meramalkan hujan lebat di 15 negeri, menjadikan monsun tahun ini paling lebat hujan sejak 1917. – AFP, 30 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen