Korea Selatan beri cuti 10 hari kepada bapa baharu


Kementerian berkata langkah itu bagi membantu pekerja dapat mengimbangi antara kerja dan rumah tangga. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 September, 2019.

MULAI tahun depan, pekerja lelaki di Korea Selatan dibenar mengambil cuti sehingga 10 hari selepas isteri mereka bersalin, menurut Kementerian Pekerjaan dan Buruh.

Kementerian berkata langkah itu bagi membantu pekerja dapat mengimbangi antara kerja dan rumah tangga, lapor agensi berita Yonhap.

Pada masa ini, suami hanya boleh bercuti selama tiga hari..

Tambah kementerian itu lagi, undang-undang yang telah dipinda itu akan berkuatkuasa pada Selasa.

Untuk meringankan beban kewangan syarikat kecil, kerajaan merancang memberi peruntukkan bersamaan dengan jumlah bayaran lima hari pekerja lelaki yang mengambil cuti berkenaan. 

Selain itu, kerajaan juga akan memendekkan jumlah jam kepada pekerja yang mempunyai anak berumur lapan tahun ke bawah. 

“Langkah itu dilihat dapat mengalakkan lebih banyak pasangan suami isteri untuk mempunyai ramai anak,” kata Naib Menteri Im Seo-jeong.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen