Trump mahu jumpa individu yang menuduhnya


Presiden Donald Trump mahu bertemu dengan pemberi maklumat rahsia dalam skandal yang mencetuskan siasatan pendakwaan dilakukan terhadapnya. – Gambar EPA, 30 September, 2019.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau mahu dan berhak bertemu dengan pemberi maklumat rahsia dalam skandal yang mencetuskan siasatan pendakwaan dilakukan terhadapnya.

Pembeli maklumat berkenaan yang akan memberi keterangan di depan Kongres tidak lama lagi, bimbang keselamatan mereka jika identiti didedahkan, menurut peguam.

Berdepan dengan krisis paling teruk sepanjang berkhidmat sebagai presiden, Trump dalam beberapa siri di Twitter melepaskan berangnya terhadap penuduhnya itu apabila beliau disiasat kerana dikatakan mendesak Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky untuk menyiasat Joe Biden, pencabarnya untuk 2020.

“Seperti rakyat Amerika yang lain, saya berhak bertemu orang menuduh saya terutama jika penuduh itu, mewakili satu perbualan yang sempurna dengan pemimpin luar negara dalam cara yang sangat tidak tepat dan menipu,” kata Trump.

Trump menuduh wakil rakyat Demokrat Adam Schiff menipu Kongres minggu lalu tentang apa yang Trump katakan kepada Zelensky dalam satu perbualan telefon pada Julai. – AFP, 30 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen