Rusuhan di kem pelarian Greek tercetus selepas kebakaran


Imigran di kem pelarian Moria di Lesbos melarikan diri keluar selepas kebakaran berlaku di kem yang menempatkan kira-kira 13,000 pelarian itu. – Gambar EPA, 30 September, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA dua pendatang asing maut dalam kebakaran di kem pelarian di Greek semalam, selepas kebakaran berlaku yang mencetuskan rusuhan dalam kalangan penduduk yang berang.

Athens News Agency, memeting sumber polis berkata seorang wanita dan anaknya maut dalam kebakaran di kem Moira yang penuh sarat di kepulauan Lesbos.

Mayat wanita itu dibawa ke hospital sementara mayat kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak berkuasa oleh imigran.

Kebakaran dalam kem itu dipadamkan menggunakan pesawat. Polis kemudian melepaskan gas pemedih mata untuk mengawal pelarian yang marah pada masa itu.

Jumlah kematian tidak diketahui dengan saksi yang juga pendatang dari Afghanistan berkata tiga mati dalam kebakaran itu yang merebak ke enam atau tujuh kontena lain yang digunakan sebagai rumah pelarian.

“Kami juga dua kanak-kanak rentung dan seorang wanita maut. Kami serahkan kanak-kanak itu ditutup dengan selimut kepada anggota bomba,” kata Fedouz, 15.

Dalam satu kenyataan, polis berkata rusuhan berlaku selepas dua kebakaran berasingan berlaku, pertama di luar dan kedua di dalam kem Moria dengan jarak 25 minit.

Kem Moria menempatkan sekitar 13,000 pelarian tetapi tempat itu sebenarnya hanya mampu menampung 3,000 orang.

Ia menjadi bandar kecil untuk khemah pelarian PBB bagi seramai 8,000 orang, melimpah ke ladang buah zaitun di bersebelahan kampung Moria. Sebahagian lain ditempatkan dalam kontena. – AFP, 30 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen