Sudan panggil duta Mesir, gesa bebaskan pelajar ditahan

Protes anti Presiden Abdel Fattah al-Sisi kali pertama tercetus pada 20 September selepas video menuduh presiden dan tentera melakukan rasuah menjadi tular. – Gambar EPA, 30 September, 2019.

SUDAN semalam memanggil duta Kaherah ke Khartoum dalam bantahannya terhadap penahan seorang pelajar Sudan oleh pihak berkuasa Mesir ketika himpunan menentang Presiden Abdel Fattah al-Sisi.

Protes anti Sisi itu kali pertama tercetus pada 20 September selepas video yang menjadi tular oleh ahli perniagaan yang dalam pelarian, menuduh presiden dan tentera melakukan rasuah ketika ekonomi Mesir berdepan kesukaran.

Kumpulan hak asasi manusia berkata lebih 2,000 orang termasuk peguam, aktivis, profesor dan wartawan ditahan sejak itu dalam gelombang tangkapan.

“Duta Mesir dimaklumkan tentang kebimbangan berhubung keluarga Waleed Abdulrahman atas penahannya,” kata Kementerian Luar Sudan dalam satu kenyataan.

Kementerian itu turut membantah apabila Kaherah tidak membenarkan Kedutaan Sudan bertemu Abdulrahman.

“Kami minta pihak berkuasa Mesir beri kepada Waleed Abdulrahman semua hak undang-undangnya,” kata kementerian.

Semalam, berpuluh-puluh penunjuk perasaan warga Sudan mengadakan himpunan di luar kementerian luar di Khartoum, mendesak pembebasan Abdulrahman. – AFP, 30 September, 2019.

Daftar atau log masuk di sini untuk komen.

Komen